28.9.10

Renungan

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.

KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, ‘ Aku Cinta Padamu’, maka tunaikanlah.

KELIMA.
Pabila mengatakan, ‘Maaf’, tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH..
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain.. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,’Kenapa anda ingin tahu?’

KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.
Ucaplah ‘Semoga anda diberkati’ apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon.. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
 
KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian

Panduan Tambahan


1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.
3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13


Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.
1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.
Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.
“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

23.9.10

kenapa?

Kenapa aku sentiasa diduga....
Kenapa aku sentiasa ditimpa masalah....
Kenapa aku sentiasa ditimpa musibah...
Kenapa aku sentiasa ditimpa malang...
Kenapa,kenapa,kenapa dan terus kenapa...

YaAllah...ampunilah dosa-dosa aku...
Aku hnya hambamu yg lemah...sentiasa mengaharap padamu yaAllah...

8.9.10

wwahhh....

Pejam celik, celik2 je dh nk menyambut syawal...perghhh....
Sungguh cepat masa meninggalkan kita tanpa kita sedari....
Oleh itu di kesempatan ini...aku ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI AMPUN DAN MAAF DIPINTA
ANDAI AKU ADA TERGURAU KASAR, TERMARAH XTENTU PASAL, TERSINGGUNGKN PERASAAN SEPANJANG PERKENALAN KITA..huhuhu~~
Pembetulan HARI RAYA AIDILFITRI Pada Tahun Ini Adalah 1431 H
Semoga pada aidilfitri tahun ini memberi kita seribu pengajaran..
Kepada kawan2...sepanjang kita berkawan...andai aku ter dgn kamo..aku mintak maaf dari hujung rambt hgga ke kaki..hehe..

Kepada ibubapa....thats a secret...ahahaha!!

Kepada si dia...maafkan aku andai tingkah laku aku membuat ko menyakitkan hati...maafkan aku...bukan lah niat ku untuk membuat kao marah..tetapi hnyalah gurau dan nasihat dari ku ini...love u...nggeeeee~~

Dan tidak lupa juga...kepada YG MAHA ESA, terima kasih Ya Allah, kerana memberiku kesempatan untuk menikmati bulan mu yg mulia ini...ampun segala salah dan silap ku sepanjang kehidupan aku..aku hnya manusia biasa..yg sentiasa lupa,leka dengan dunia mu ini Ya Allah...berikanlah aku rahmatmu serta hidayah mu...agar aku menjadi insan yg berguna, sentiasa taat padaMu...aminnnnn..

1.9.10

gelisah

kenapa hari ini aku rasa down,kecewa,xde mood....rasa mcm bukan diri aku yg dulu...
otak serabut....byk fikir.....kenapa ya.....??
apa yg perlu aku buat...???..adakah kerana aku mengantuk?
kenapa badan aku rasa letih je....xbermaya....

adakah benar apa yang ayah aku katakan padaku???
adakah benar????.....perlukah aku mempercayai nya??...
aku keliru dan xtau nk berkata apa-apa lagi....

apakah pnca nya???...hati aku bagai kan gelap gulita....
suasana di tempat kerja pn seperti aku tidak bekerja....
apa yg menganggu aku ni.....pelik dan hairan semakin menjadi2...

sepatutnya di bulan puasa ini...hati aku msti rasa tenang dan otak aku tiada apa yg perlu difikirkan...
now, xtau lah kenapa....mungkin hari ini aku berasa begitu....mungkin besok tidak...
kadang2 aku begini...kadang2 aku begitu....kadang2 aku ntahlah.....sek kadang2 je....

sapa2 ada ilmu tu...tlg2 la check aku ni kenapa..???
kenapa dgn diri aku...kenapa yer???...entahlah.......
yaAllah, tlglah hamba mu yg sungguh lemah ini.....aminnnnn...

MaSa iTu EmAs...